Saturday, October 23, 2010

Lawatan ke Kuala Kangsar & Cameron Highlands 2010

Pusat Sumber SMK Raja Lope Nor Rashid akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kuala Kangsar dan Cameron Highlands selama dua hari pada 28 - 29 Oktober 2010. Dua buah bas disahkan untuk lawatan ini, dimana terdiri daripada pengawas-pengawas Pusat Sumber, pelajar sekolah serta guru-guru. RM65 yuran untuk lawatan dan peserta lawatan akan menginap di sebuah apartmen di Cameron Highlands nanti. Antara tempat-tempat menarik yang bakal dilawati di Kuala Kangsar ialah di Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah dan sekitar bandar Kuala Kangsar, manakala di Cameron Highlands pula ialah di Ladang Teh BOH, Strawberry Farm dan banyak lagi.

Masjid Ubudiah
BOH Tea Plantations

Monday, October 11, 2010

Pengetua dari negara Korea Selatan lawat sekolah di Malaysia


SEBAHAGIAN daripada ahli rombongan pengetua sekolah dari Korea Selatan bersama Zuariah Yusoff (lima dari kanan) dan pelajar-pelajar SMK SS17 di Subang Jaya, baru-baru ini.


Seramai 29 pengetua dan timbalan pengetua dari sekolah-sekolah di Korea Selatan mengunjungi Sekolah Menengah Kebangsaan SS17, Subang Jaya (SMK SS17) baru-baru ini dalam usaha merapatkan hubungan antara kedua-dua buah negara di samping bertukar-tukar pandangan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan masing-masing. Rombongan berkenaan ditaja Kementerian Pelajaran Korea yang bertujuan melihat sendiri sistem pendidikan di negara ini.
Ketua rombongan, Park Jin Soo berkata, lawatan yang diiringi dua pegawai Kementerian Pelajaran Korea Selatan itu turut berkunjung ke sekolah-sekolah lain yang terpilih.
"Semua pengetua dan timbalan masing-masing berpeluang meninjau sistem pendidikan di sekolah-sekolah yang dipilih sambil bertukar-tukar fikiran dan maklumat dengan guru serta pengetua sekolah yang dikunjungi,'' katanya ketika ditemui.
Kunjungan mereka ke SMK SS17, Subang Jaya itu dikendalikan sendiri pelajar-pelajar prauniversiti sekolah itu.
Rombongan berkenaan disajikan dengan tayangan video tentang SMK SS17, persembahan tarian pelbagai kaum, permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban.
Mereka juga diberi kesempatan melawat kawasan persekitaran sekolah termasuk Pendidikan Kelas Khas.
Jin Soo berkata, kunjungan itu dapat mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan di samping mempelajari budaya dan adat resam penduduk di negara ini.
Ketua Penyelia Kementerian Pelajaran, Daerah Gyeonggi Korea Selatan, Yong Ki Kim berkata, peserta rombongan itu amat gembira dapat melihat perpaduan yang dipamerkan pelajar SMK SS17 yang memakai pakaian tradisional pelbagai kaum.
Beliau berkata, pelajar di sekolah itu kelihatan sangat mesra, berbudi bahasa, berdikari dan bijak menguruskan sendiri kedatangan rombongannya.
"Saya amat tertarik melihat pelajar India memakai ceongsam, pakaian tradisional kaum Cina, manakala pelajar Cina memakai baju kurung atau kebaya", katanya.
Beliau berkata, rombongannya kagum dengan pelajar di sekolah ini yang boleh menguasai lebih daripada dua bahasa walaupun negara ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan mengekalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
"Hanya kebelakangan ini Korea Selatan mula giat mempelajari bahasa Inggeris," katanya dalam bahasa Korea yang diterjemahkan oleh juru bahasa rombongan itu.
Sementara itu, Pengetua SMK SS17, Zuariah Yusoff berkata, beliau amat gembira menerima kunjungan itu kerana dapat menjalin hubungan dengan golongan pendidik Korea Selatan dan secara tidak langsung dapat bertukar-tukar fikiran.

Credit:
Portal Pendidikan Utusan - Berita

Berakhir sudah PMR 2010

Hari ini Isnin 11 Oktober 2010 hari dimana satu pejuangan telah pun berakhir bagi semua pelajar tingkatan 3 seluruh Malaysia yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Seperti yang diketahui umum bahawa PMR kali ini mungkin PMR yang terakhir bagi pelajar tingkatan 3 tahun ini (mungkin tahun terakhir)

Admin: malas la...nak tulis panjang-panjang, ok la...push stop

 Kata Pendusta: Mansuhkan terus SPM ....kan senang

Monday, October 4, 2010

Facebook rasmi Persatuan Kelas 3R4

Baru-baru ini kelas 3R4 telah melancarkan laman Facebook rasmi Kelas 3R4 yang diberi nama Persatuan Kelas 3R4 SMK Raja Lope Nor Rashid. Tujuan laman Facebook ini dilancarkan adalah bagi mendekatkan pelajar-pelajar kelas 3R4 dengan pelajar-pelajar SMK Raja Lope Nor Rashid dari kelas lain. Disamping itu, ia juga membolehkan pelajar-pelajar sekolah ini beriteraksi sesama mereka dan juga dapat memberikan pendapat, pandangan mahupun mahupun komunikasi dengan lebih dekat lagi.




Kerdipan Minda
Pengetahuan IT sangat penting di zaman ini, kerana dengan IT, pelajar-pelajar dapat menambah bahan bacaan dengan menggunakan internet. Disamping itu, dengan IT juga pelajar dapat berkomunikasi sesama mereka, malah dapat berbincang tentang pelajaran menerusi IT. Justeru tidak hairan lah, jika beberapa negara di dunia menggunakan komputer dengan rangkaian internet bagi menggantikan penggunaan buku kerana ia dapat mengurangkan kemusnahan alam fauna disamping dapat mengekalkan ekosistem dan lebih kepada mesra alam. Sebagai contoh, Jepun telahpun menggunakan cara ini untuk pelajarnya belajar dalam keadaan selesa serta mutu pembelajarannya yang lebih berkualiti dan mudah difahami.

Pusat Sumber SMK Raja Lope Nor Rashid akan menganjurkan lawatan 2 hari 1 malam sambil belajar ke Cameron Highlands, Pahang


Seperti yang tertera diatas Pusat Sumber sekolah akan menganjurkan lawatan 2 hari 1 malam sambil belajar ke Cameron Highlands pada penghujung bulan Oktober. Lawatan yang disertai pentadbir pusat sumber, pengawas-pengawas pusat sumber sekolah, pelajar-pelajar tingkatan 3 (dipilih), serta guru-guru. Dua buah bas untuk lawatan ini iaitu lebih kurang 80 orang termasuk guru dan pelajar.

Bayaran yang dikenakan untuk lawatan ini adalah sebanyak RM65 seorang. Memandangkan lawatan ini adalah selama 2 hari 1 malam jadi kami akan  menginap di sebuah apartment di Tanah Rata. Antara tempat yang bakal kami lawati adalah di Bee Farm, BOH Plantations, sekitar Tanah Rata, Brincahang dan ladang strawberry.

Friday, October 1, 2010

PMR 2010 bermula Selasa ini


Assalammualaikum, salam sejahtera serta salam 1 Malaysia

Admin dan rakan-rakan semakin nervous mana tidaknya PMR is near to me...i mean students, Selasa ini pelajar form 3 seluruh Malaysia akan menghadapi peperiksaan yang boleh juga dikatakan penting. Yang agak best tu, best ker?....mungkin tahun ini tahun terakhir pelajar form 3 menduduki PMR kerana seperti yang diuar-uarkan di semua media massa seluruh Malaysia bahawa kemungkinan besar UPSR dan PMR akan dimansuhkan.

Kalau jadi dimansuhkan ini bermakna tahun ini adalah tahun terakhir admin a.ka aku menduduki PMR. Admin pun tak pasti kenapa dimansuhkan exam tersebut, tapi kalau tak silap admin dua exam tu hendak dimansuhkan supaya dapat mengurangkan penebangan hutan, ooo... bagus tu langkah yang bijak bagi admin. Satu lagi sebab adalah oleh kerana majikan lebih memandang kepada keputusan SPM berbanding UPSR dan PMR, betul juga yang menjadi penilaian majikan untuk diambil bekerja ialah slip SPM tersebut bukannya PMR dan UPSR, setahu admin UPSR penilaian untuk memasuki sekolah berasamara penuh, manakala PMR ialah penilaian bagi permohonan memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Jadi PMR tahun adalah yang bermakna bagi admin dan seluruh pelajar form 3 seluruh Malaysia, apapun admin doakan yang terbaik untuk kawan-kawan juga mendoakan yang terbaik untuk admin dan rakan-rakan dalam mengharungi ujian ini...Amin

Sekian,

Admin a.k.a Aku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails