Wednesday, July 21, 2010

Cerita Hidayah: Gadis melampau menerima padah...


Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju kedestinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.


Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannamuntukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.


Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.


Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api.Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.


Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah?Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan. Kata-kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.


Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.


Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita. Subhanallah.............

Sumber: Majalah Nusantara Manar Islam

Carta Organisasi Kelas dan Nama Pelajar 3R4

Kelas 3R4 mempunyai seramai 40 orang pelajar. Pelajar lelaki seramai 22 orang manakala pelajar perempuan seramai 18 orang, berikut adalah carta aliran organisasi kelas dan nama pelajar::-

Guru Kelas : Puan Nazrah binti Abdul Syukor

Ketua Kelas: Muhammad Syammel Elmei bin Mohamad Zaki

Penolong Ketua Kelas: Farah Nasuha binti Mat Azmi

Setiausaha: Samihah binti Saliah Hudin

Bendahari: Nur Syakirah binti Mohd Hasyim

AJK Papan Kenyataan Kelas: Muhamad Azirul bin Rosli

AJK Perabot: Muhd Nadzrie Hisyam bin Mohd Zaki

AJK Pungutan Buku Latihahn: Muhd Khairul Asyraf bin Muhamad Azmi


Nama Pelajar ::
Nama pelajar tidak mengikut turutan dan nama beberapa pelajar tidak lengkap

1. Mohamad Syammel Elmei bin Mohamad Zaki (Ketua Kelas)
2. Muhamad Fikri bin Mohamad Sharif
3. Muhamad Khairul Asyraf bin Mohamad Azmi
4. Mohamad Ariff bin Abdul Halim
5. Mohamad Azirul bin Rosli
6. Mohd Shahril Amir bin Rosli
7. Mohamad Sollehin bin Hassan
8. Muhamad Hanis bin Abu Hassan
9. Zaidi bin Mat Idris
10.Mohamad Faiz bin Jaafar
11.Muhamad Hafiz bin Yusof
12.Mohamad Azrul bin Yusof
13.Muhamad Amirul Aiman bin Hassan
14.Mohamad Firdaus bin Mazlan
15.Mohd Firdaus Ridwan bin Abdul Rahman
16.Mohamad Firdaus bin Nayan
17.Mohamad Amin bin Izhar
18.Mohamad Suhid bin Jamil
19.Mohamad Nor Shahzuan bin Johari
20.Mohd Faizal bin Samsudin
21.Mohamad Syamsul Naim bin ........
22.Mohamad Nadzrie Hisyam bin Mohd Zaki
23.Nur Farah Nasuha binti Mat Azmi (Penolong Ketua Kelas)
24.Along Suraya binti Mohamad Rashid
25.Samihah binti Saliah Hudin
26.Nur Syakirah binti Mohamad Hasyim
27.Norshafika binti Sabri
28.Nor Syura binti Yaakob
29.Nor Hasnida Yanti binti Shaari
30.Nur Shuhaida binti Sharif
31.Nur Ain Shuhadah binti Mokhtar
32.Nur Izatul Rashida binti Mohd Zaini
33.Nur Hafizah binti Norizan
34.Nur Hanani binti Mohamad Yaakob
35.Noor Fadilah binti Abdullah@Zulkifli
36.Nurul Hidayah binti Azhar
37.Syaza Ezriana binti Asmadi
38.Nur Rashidah binti ........
39.Siti Zaharah binti Tasubki
40.Nur Shahidah binti ........


SMK Raja Lope Nor Rashid: Lawatan Pusat Sumber ke Kedah & Perlis

Sekitar Sekolah

Gambar-gambar sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid. Gambar ini diambil dari beberapa laman web serta blog sekolah. Gambar ini hanya untuk dikongsi bersama.
























Sejarah Sekolah

9 Mac 1969

Usul penubuhan dikemukakan kepada YB. En. Mohd. Khir Johari (Menteri Pelajaran) oleh En. Mohamad Hj. Kassim (Pengerusi PIBG S.K.Tanjong Piandang).

22 Mac 1975
Desakan ulangan dikemukakan kepada Tn. Syed Abu Barakbah (Pengarah Pelajaran Perak) ketika beliau merasmikan Sukan Tahunan di S.K. Tanjong Piandang. Satu memorandum juga dihantar kepada
Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir (KPP).

26 Februari 1976
Bangunan sekolah mula dibina di kawasan seluas 10.47 ekar dan siap sepenuhnya setahun kemudian.

22 Februari 1977
En. Abd Jalil Mohd Yusof dilantik sebagai pengetua pertama. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Tanjong Piandang.

4 Mei 1977
Hari pertama penggal kedua sekolah dibuka dengan jumlah murid seramai 232 orang di Tingkatan 1 dan 90 orang di Kelas Peralihan serta 8 orang guru.

30 Mei 1977
Nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Raja Lope Nor Rashid sempena nama Yang Amat Mulia Raja Lope Nor Rashid (Orang Besar Jajahan Kerian).

1978
Dua kelas Tingkatan 4 dimulakan. Bilangan pelajar bertambah menjadi 1095 orang. Tenaga Pengajar termasuk staf sokongan seramai 36 orang.

1979
Menjadi Sekolah Menengah penuh yang mempunyai kelas dari tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails